Monday 19 December 2011

Perempuan Simpanan

Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan...

Dari tadi perkataan ni dok humming dalam kepala otak aku..... tanpa boleh aku padam.

Aku ni memang perempuan simpanan abang,kan?

********************

Aku tak tahu nak tulis apa. Otak aku blank, kosong. Yang ada cuma perkataan tu je. Abang pulak diam daripada tadi, xmesej aku tak kol ak :((

Hati aku terasa hancur berkeping-keping. Jalang ke aku ni? Perampas suami orang?
Tapi aku takleh nak berhenti daripada fikir pasal abang.
Aku sangat-sangat cintakan abang.

:((


Thursday 15 December 2011

A Sense of Reality

Sigh.....

Aku rasa I've come to my senses right now. At least, from a side of me. Kalau dari side pandangan masyarkat, well, I might say, I'm still not on the track ;)

Yelah, i know, the best thing that I've could ever done is to leave Abang, and biarkan dia and his family hidup happily ever after, tanpa ada gangguan dari orang ketiga macam aku nih. But then, I can't. Aku memang tak boleh nak berpatah balik dah, I'm deeply in love with him, sampai aku rasa that I'd pick dying rather than leaving him.

2 3 hari nih, aku cuba yakinkan diri aku untuk tinggalkan abang. Fikir rasional pe yang aku tengah buat nih, n do everything that I could untuk buat aku berhenti dan tinggalkan abang. Punyalah berpuluh-puluh kata semangat n artikel aku baca untuk yakinkan diri aku yang I've made the right choice. Yet, I can't. I just can't. Tinggalkan abang buat aku rasa macam separuh nyawa hilang. Separuh jasad aku takda. Betul, secara fizikalnya aku rasa macam tuh. Mungkin bagi korang ni cuma hiperbola, tapi itu apa yang aku rasa. Cinta memang boleh buat kita jadi gila kan?

Semalam Abang datang jumpa aku secara mengejut. Xdela mengejut sangat, but then kitorang tak rancang benda tu awal-awal. At least, selalunya lah, abang akan bagitahu malam sebelum dia datang tuh. Ni tak, elok2 tengah mesej, tetiba dia bagitahu aku dia ada kat tol tanjung malim jap, nak solat. Mahunya tak terkejut beruk aku time tuh, tol tanjung malim ngan rumah aku bukan jauh ngat pun. Dalam 10 minit jer.

Punyala kalut aku bersiap, dah la aku ada kelas sepatutnya kul 4.30ptg tuh. Konon laa kitorang nak jumpa jap je, then aku gi kelas jap, pastu kitorang jumpa la balik. But then, hmphh, kalau dah jumpa tuh, ada makna ke nak pergi kelas? *wink2.. haha.. So, back to the stories. Dah elok2 aku siap tuh, aku tanya dia ada kat mana. Dia reply pendek je "GOmbak". AKu dah tension time tu. Aku tanya balik, watpe? "Meeting~~" tu je dia reply.. Warghhhh, nak menangis tak berlagu aku time tu. Punyalaa kalut aku bersiap :((

Sekali aku tengah meratap tangis dengan dia tak angkat kol aku pe semua, masuk satu mesej dia bunyik camni.."Abang da de kat bawah ni. Cepat turun~~".. Warghhhh, time tuh nak bagitahu perasaan aku, cam nak terjun koridor pun ada tahu tak?? haha... Masuk-masuk kereta, aku tanya dia, nape wat gitu? Katanya, saje nak mengusik budak-budak cepat emosi cam aku nih. :)) hehe. Tapi, satu persoalan dia buat aku terkesan " Agak-agak ayang, abang sanggup ke nak buat ayang macam tu?" And jawapan aku, walaupun aku cuma cakap dalam hati je, aku tahu dia takkan buat camtu kat aku. Dia sayangkan aku :))

Masa ada la sikit sesi luahan perasaan antara kitorang, ada satu ayat yang buat aku terdiam lama.

"Ingat Abang tak rasa bersalah ke tengok muka anak bini abang dengan kita buat macam ni?"

Aku terkedu dengan kenyataan Abang tuh. Aku terdiam jap. Memang benda tuh selalu berlegar-legar kat kepala aku sebelum nih. Tak ke dia rasa bersalah dengan family dia buat macam nih. Yelah, dia layan family dia macam xde pe jadi jer,(aku tahu pasal dia galak dok post segala aktiviti dia kat wall FB, terutama yang masa ngan family.)

Aku rasa aku silap besar kalau fikir dia langsung takde rasa bersalah kat family dia. Abang bukan sekejam tu. And dia sebenarnya seorang suami yang baik, sangat-sangat. Bulan 2 nih dia akan g honeymoon kali ke berapa entah ngan wife dia kat overseas. Hmphhh, memang la jeles fikir balik. But then, aku tak kisah sangat. Aku tak pernah terfikir pun nak gi holiday ngan abang sampai ke luar negara, dalam negara cukup. Even abang cakap nak bawak aku pergi Indon, aku tak rasa aku nak. Jauh sangat laa. Kalau dah kawen tu lain kira la, tapi sementara ni, dalam negara dah cukup k? Aku bukanla demand ngat.

And dia truly a good father. Kalau keluar ngan aku, sekali pun tak pernah miss cakap pasal anak dia. It's always been about his 3 years old daughter. He kept showing the same vid of his daughter, and tak pernah penat untuk bercerita tentang anaknya yang sorang tuh :) Well, aku pun tak kisah. His daughter cute ngat, and aku tak kisah pun nak terima anak dia sebagai anak tiri aku. Well, aku tak tahu la samada his daughter tu sanggup tak nak terima aku sebagai mak tiri dia. *sigh* Long wayy to go Dya.

But then, xpela. Aku tak nak pikir lagi semua tuh. Sekarang nih, aku cuma follow the flow jer. Soal aku jadi tak wife abang, tu lain cerita. Buat masa nih, biarlah aku turutkan kata hati aku je dulu. Walaupun aku tahu, aku mungkin mati pasal ni. Yela, ikot hati mati kan?*senyum*

K lah, aku pun nak tidur. Esok aku ada program kat negeri sembilan. And abang pun nak kena outstation Penang selama seminggu. And guess pasni, lama lah lagi sebelum last jumpa abang. But the, kehadiran dia semalam da cukup buat aku untuk tunggu dia selama 2 3 minggu nih :))

Love.
Dya Eleyna




Saturday 10 December 2011

Running Away

Aku nak sangat run away daripada abang!
Aku tak nak rosakkan rumah tangga dia!
Sumpah aku tak nak!
Tapi kenapa aku takleh lari daripada dia??
Setiap saat dia ada dalam hati aku, dan aku takleh padam dia dari kepala aku!
Damn!
Aku benci diri aku sebab aku terlalu menyintai dia.
God, help me :'(

Tuesday 6 December 2011

A Date in TM :)

Hari ni Abang datang dari S.A semata-mata untuk aku. Yay!
At least, dah tertunai satu janji dia :) Ada dua lagi janji dia yang belum tertunai, a big teddy bear and my postponed birthday present. Haishh, dah lebih sebulan nih postponed. Apa yang susah sangat pun tak tahu. Aku tak minta benda mahal pun. Nak gi holiday ke Osaka bulan 2 ni mampu lak. Pfft. Benda tu menyakitkan hati aku, lain hari cerita! This time, nak cerita benda yang best-best jer :))

Dalam banyak-banyak kali aku kaple, ni lah aku jumpa orang pertama yang dalam otw dia datang nak amik aku, dia tido dulu kejap tepi jalan. Punyala dalam pukul 4 tu konon da otw,aku bajet sampai la dalam pukul 5 paling lewat. Last-last sampai pukul 5.30ptg. Mana taknya, singgah tidur dulu kat tol.=.=" Penat sangat la tu kot? Habis kerja terus datang jumpa aku :)) Ni yang terharu nih hehe.

Sampai-sampai jer, pas dah salam pe semua, benda pertama yang dia tanya, TM ni ada cendol pulut tapai? Makanan fevret dia. Katanya dah lama teringin nak makan. Terdiam aku jap. Mana la aku tahu.. TM ni bukan ada pe pun. huhuhu.. Tapi, aku tetiba teringat, aku pernah nampak ada satu banner tulis cendol pulut sebelum nak masuk tol ke KL dari TM. So, terus jer kitorang redah pergi sana, aku pun tak sure sangat.

Nasib baik ada. Nama kedai tu, Pak Man apa entah. Aku ingat tang Pak Man tu je, hehehe. Kedai dia warung tepi jalan jer, macam nak runtuh pun ada da haha. But then, xda cendol pulut tapai, ada cendol pulut je. So, nak tak nak, mengidam punya pasal, abang ambik cendol pulut tapai spesial untuk dia, and aku pulak amik mee rebus sebab aku tak makan lagi hari ni. Serius, tu antara mee rebus yang tersedap pernah aku makan, walaupun seumur hidup ni boleh kira berapa kali je aku penah makan mee rebus hahaha :) Yang si penggemar cendol pulut tu plak, dok komen-komen ais tu cair sangat laa hape la. Yela, da namanya biasa makan yang sedap, so pandai la nak komen tuh komen nih kan?? Tapi habis gak semangkuk. Aku yang cakap mee rebus tu sedap pun makan separuh jer, pasal banyak ngat. And then, memang aku spesies yang suka membazir, bak kata abang. Masalah, aku jenis takleh nak paksa makan sampai habis. Ngee~~~

Dah habis makan, kitorang langsung ke pekan. Dia nak bank-in duit. Katanya duit tu dia baru keluarkan dari ASB, nak bayar road tax kereta hujung bulan ni. Tu lantak dia la nak wat pe pun, duit dia. Aku takde hak nak amik tahu pe yang dia nak buat ngan duit dia-and memang tak nak amik tahu pun,aku dok ngan dia bukan pasal duit dia. Humphh, last-last tak jadi plak pasal ramai orang. So, next destination,Tasik Proton City.

It was a nice evening, seriously. Tak panas and memang sesuai la dok situ dating petang-petang kan?? :)) Jalan-jalan sambil borak-borak, bercerita pasal masa hadapan kitorang. Ada la saat touching mouching nya.Tapi tak nak la cite, ni supposedly entry yang menggembirakan :))

Lepas kuar dari Proton City, next destination Secret Recipe( makan lagi ~~~> <). Aku mengidam nak makan cheese cake- New York Cheese cake. Last2 benda yang aku beli- Stawberry Marshmallow Cheesecake and Cheesy Chocolate Cake kot atu lagi?? Aku pun lupa. Tapaw je hehe... Da tu balik makan ngan housemate aku, nyesal lak beli yang strawberry tuh. Pasal rasa strawbery dia kuat ngat,ak xska huhhu...

Ok..setakat tu jela dulu. Tapi lepas Secret Recipe, last destination, kedai mamak jerr.. Makan lagi :)) Kalau setiap hari kuar ngan abang, mahu naik 20kg aku, dah asyik makan je kejenye ;)

Love,
Dya Eleyna




Tuesday 29 November 2011

Wondering..

Whether this is all a mistakes?

Am I fooling myself for all this while?
Or it just that, the love I kept inside keeps me hanging on to the end?

Sekarang aku mudah sangat menangis-cengeng ngat. Ke sindrom PMS ni? lol :)

Kadang-kadang, abang kasar dengan aku. Bukanla dari segi perbuatan, but then, dari segi kata-kata dia je. Or maybe aku jer yang cepat terasa ni?

Bila I kept asking the same question kat dia, dia marah. But then, salah dia yang xbagi concrete answer, so I kept asking so that I can plan my schedule well. Last2, kena marah, padan muka
.
Selalu dia akan wish goodnite kat aku, tapi semalam, i guess dia terlupa. Dan aku, terus-terusan menuggu dia sampai pukul 5 pagi. Tapi bukan la sebab aku tunggu dia je, tapi sebab memang aku xley tido. But then, mungkin gak aku takleh tido pasal tak dapat mesej dia wish goodnite. Pufft~~manjanya aku =.=". Tak kot? Pasal aku insomnia kot? *angkat bahu*

Supposedly hari ni kitorang keluar sesama, paling tak pun, dia datang jumpa aku kat sini jerr. Bendanya dah lama plan, cuma antara sure tak sure je. Semalam, dia janji akan gitaw aku lepas check schedule ngan dia punya PA pagi nih. Alih2, dia cuma gitaw aku, 9.30 meeting, jadual pack gila. Dia seolah-olah lupa atau buat-buat lupa janji dia pada aku hari ni. At least, say sorry la xdapat keluar, tak  dapat datang, Hmm... But then, I didn't say a word, konon memahami. Tapi kecewa hati aku tuhan je yang tahu. For me, sorry tu da cukup nak make up everything. Itu je, takdanya aku nak paksa dia datang gak sini walau tahu kerja dia berlambak.

Nak dijadikan cerita gak la, sepanjang aku tak tido berjaga sampi pukul 5 pagi, aku cuma fikirkan dia. Fikirkan balik hubungan ni masak2. Then, tulis surat yang panjang berjela macam karangan SPM untuk dia. Selepas penat memerah idea and menulis tu pun still tak dapat lagi nak tido, and masa tu hati aku sakit ngat. Rasa macam ditoreh-toreh. At last, dalam pukul 5 gitu rasanya aku dapat gak la tidur-tidur ayam. But then, aku asyik terjaga dalam interval setengah jam ke sejam gitu. Bayangkan la seksanya time tu?Dan setiap kali terjaga, I was hoping for his mesages ucap good morning kat aku, setelah dia terlupa nak wish goodnite kat aku semalam. Tu pun, dia mesej aku tepat jam 9.25 pagi dimana hanya 5 minit sebelum dia masuk meeting. And dia reply mesej aku yang selebihnya hanya pada pukul 1.36 tengahari. Punyala lama aku menunggu. But then, aku still memahami, sabar. Kononnya.

But then last mesej dia betul2 buat aku terasa sampai aku menangis teresak-esak, punyala cengeng aku nih. haha. Aku tanya dia, xnak mesej da ke pasal dia cakap suruh aku take care. I was just asking, meminta kepastian. But then mesej yag dia reply buat aku betul2 terasa.

"I bizi kerja laa..u tak faham kerr?? Adoi!! Susah la camni!! Ingat keje nak sms ke??"
Then aku pun reply,
"U boleh cakap elok2 dan i akan faham. Ok. Selamat bekerja.."
Dan boleh pulak dia tanya aku.
"U punya ayat tu elok ke?"
OMG! Forgodsaken! Aku dah tak berapa nak tahan marah time tu pun reply.
" I was askin. Xnk mesej ke? N u could reply, I busy, nanti msej. That's all what it takes. Xperlu tanya i faham tak macam i ni bengap sgt. Somehow, i started to think this is all a mistakes. But we'll talk later- tu pun if u cared to. Uruskan kerja u dulu, take care."
And dia punya reply
"Okok, abang mta maaf k?Muahh.. Tadi stress meeting ngan Dato', damn! heheh..muahh..chilll"

Last mesej dia memang buat air mata aku ni mengalir macam sungai la dengan dari semalam lagi dia buat aku terasa. Dia ingat aku ni apa nak lepas2 stress kat aku. And I started to  wonder, really really wonder, is this all a mistakes??







Sunday 27 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #9

Salah Faham Yang Cute :)


Ni quotes yang aku hantar kat abang tadi.
But he some sort of misunderstood pe yang aku cuba sampaikan.
Dia ingat aku akan sayang dia sampai Februari ni je :)
So, dia merajuk ngee~
Then, aku pun jelaskan kat dia.
I'll love him forever pasal tak  mungkin ada 31hb Feb. :)
But his reply buat aku tersenyum lagi lebar >_<

"Ye ke? Bukan 4 tahun sekali ada ke? Ooooo, itu 30hb rite?
So sweet dear! Muahh"

Abang, dalam Feb yang 4 tahun sekali tuh, 29hb, bukan 30hb, you silly boy! ^_^
You're soo cute Abang :))

Saturday 26 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #8

Perkahwinan Inchik DD :)

Last week aku spend my weekends ngan Abang kat KL. Sebabnya, kawan abang, biarlah aku namakan dia Inchik DD tu kawen. Umm, kalau ikotkan, minggu lepas lagi dia dah akad nikah, but then, baru minggu lepas dia buat majlis kat rumah dia. Supposedly, aku tak leh ikot, yela, mana boleh exposed kitorang punya relationship kepada public. But then, SL come to the rescue! Aku menyamar jadi secretary dia, mampu?? Kat majlis tuh, aku buat2 macam tak kenal abang. Walaupun almost semua kawan Abang da tahu sape aku throughout diorang punya BBM all this while. Yela, masa pergi Pineng hari tuh tetiba Abang bawak awek, sesuatu yang sangat mengejutkan semua orang kerana itu kali pertama Abang bawak awek. :)

Rasa nak peluk-peluk si SL! >_< Pasal dia la, aku tak ditinggalkan keseorangan di Summit. Silap hari bulan hari tu, aku menangis sengsorang dalam cinema even tengah tengok cerita Tintin@Happy Feet 2. Seyes rasa loooser gila gi tengok wayang sengsorang, and lepak mall sengsorang. Don't you think so?? Bagi la aku duit nak gi shopping sakan pun, belum tentu aku nak. Money can't buy me happiness~~Well, kejap boleyla huhuhu

Ok, back to the wedding thing.

Majlis tu diadakan di Valencia Sungai Buloh, kawasan kediaman orang-orang elit. Serius, aku tak pernah terfikir pun nak masuk kawasan tuh, apatah lagi nak ada kawan-kawan yang macam tu. Yela, namanya budak kampung jerr *rolled eyes*. But then, it is a very nice place, seriously nice. Cuba korang baca artikel nih, kalau tak amazed lagi ngan kawasan kediaman Valencia ni, tak taw la nak cakap apa. Memang spesies dream home aku nih, tapi mampu nak dream jerr la :)

Ok, back to DD.

He's a good friends of Abang, kawan 23 tahun maaa~~ Itu tag line diorang. Hihi. Naik tahun depan, kawan 24 tahun and on and on and on~~ :) Kalau tak silap aku, this is his first marriage selepas 10 tahun bercinta dengan his wife sekarang! Omoooo, coo cuuweet! And for me, it's amazing. Camne la beliau berdua nih boleh bertahan dalam hubungan yang begitu lama. And btw, his wife sekarang nih adalah ibu tunggal kepada tiga orang anak-but still cun melecun! Tu yang aku lagi respect kat DD, walaupun dengan kekayaan yang dia ada sekarang nih membuatkan dia mampu untuk cari a younger one, yang masih bujang trang tang tang, but still dia pilih his wife, membuktikan cinta tak mengenal rupa or harta or whatever it is! Sooo romanic, ala-ala cite Hindustan gittew!

Tapi, aku gak nak gitaw, aku respek si DD nih. Walaupun kitorang kenal just selama dua hari masa kat Pineng hari tuh, itu sudah cukup memberikan aku 1st impression yang baik terhadap dia. He's a very humble, down to earth guy. Apa yang dia pakai langsung tidak melambangkan sapa dia. Pemakai short, sandal and typical T-shirt ini sebenarnya pemilik kediaman mewah Valencia dan juga a driver of a brand new Merc cars. >_< And lagi satu, seronok berborak ngan dia. He's a very fun guy to chat with, and his jokes akan buat kita tak kering gusi, serious! Sometimes dia punya words may be a little harsh and sedikit sensored, but then, I'll take it as a jokes. And pengetahuan am dia memang top of the class, sama macam BOD, the only Malay journalist in a famous English newspaper. Rasa matang sangat bersama-sam diorang nih :)

And to Inchik DD, congrats on your wedding! May it last forever and yes, moga dikurniakan zuriat yang ramai! Amin~~~~


Notacatatankukujarikakiaku: Well, aku tahu aku takkan dapat that kind of wedding bila aku pilih abang. Seeing how much aku disorokkan, i guess camtu gak la wedding kitorang nanti-kalau kitorang ada jodoh bersama laa. Walau takleh nak buat besar-besar, aku still nak ada private wedding party.  Nak jugak merasa pakai baju pengantin, iye dak?? :) Aku harap abang betul-betul serius ngan aku. And the consequences, we'll bear it together. I love u abang :) 

Friday 25 November 2011

Wordless Saturday :)




Ni print screen aku punya desktop lappy (klik untuk besarkan gambar). Yang gambar aku pixalate kat tengah tu adalah gambar abang(sorry takley dedahkan gambar abang, rahsia besar kerajaan tu :)) Sebelah tu adalah note untuk sentiasa mengingatkan aku tentang hubungan aku dan abang. Hari ni genap sebulan kami bersama. Well, baru sebulan, but then sebulan itulah yang akan membawa kami kepada tahap yang seterusnya kan?? :))

Wish us a lot of luck >_<

Ni bagi sesiapa yang malas nak tengok gambar, but then nak tahu apa aku tulis kat note tu- quotes yang aku ubah sikit2 sesuaikan dengan keadaan aku dan abang. :)

I may not be your first, your last and your only.
You've cared about someone's else before me, and possibly will again.
But you cares for me now, and that's all matters.
You may not think of me every second passes, and I may not be your centre of universe.
But you gave me a place in your heart.
So, i won't try to change you or hurt you sayang.
My only promise is that, I'll make you happy when you make me smile, miss you when you're not around, and love you like you'll never break my heart. <3 <3 <3


Notakukukaki: Memang sepatutnya ni entri wordless, but then aku nk cakap gak.. hikhik :)

Wednesday 16 November 2011

Ya Allah Ya Tuhanku....
Kuatkanlah semangat aku :(
Terasa hati aku ditoreh2 sekarang nih.
Dan aku tak boleh bercerita kepada sesiapa pun melainkan kepada kanvas kosong ni!
Ya Allah :((((((

Tuesday 15 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #7

Gaduh Pasal PY Lagi!


Aku pun tak tahu apa penangan PY sampai kitorang berdua asyik gaduh pasal dia jer!
Sedangkan, he's just an anonymous in my life, xkenal pun! :(
Ni sedih ni, perlu ke nak gaduh pasal orang yang kita tak kenal?
Dan aku pun tak paham, kenapa abang perlu cemburu sangat pasal dia?
He's nothing!
Lainlah kalau dia tu dulu ex aku ker, skandal aku ker, or orang yang aku minat ker?
Boleh lah aku paham kenapa abang jeles.
Tapi nih?
Langsung aku tak faham. Serius!

Aku tak suka gaduh ngan abang, sangat-sangat tak suka!
Bila gaduh ngan abang jer, hati aku rasa sakit.
And aku rasa tension, sampai migrain aku(sebab memang aku da sakit kepala tadi kena hujan).
Dah berapa biji panadol aku telan, xlega2.. Memang susah bila kena migrain.
Otak ni rasa dipam-pam, rasa nak hantuk2 kepala kat dinding!
Dahla aku dah lama tak amik supply ubat migrain, panadol xda kesan kowt klu setakat dua bijik.
Pernah hari tuh da sakit sangat, sampai 6 bijik panadol aku telan, sebab da sakit sangat kan?
Hmmm...

Ya Allah ya tuhanku...
Sakit sangat2 hati aku nih.
Aku baru tahu rupa-rupanya aku hanya manusia bertopeng syaitan.

:'(

Hinanya aku.......






Sunday 13 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #6

Alhamdullillah... 


Aku bersyukur sangat kepada Tuhan.
Aku dan Abang  dah tak gaduh.
Rajuknya tak lama, walaupun jenuh gak la nak memujuk.hehe
Aku terpaksa bagi password FB aku dan link kepada blog nih,so that Abang boleh faham perasaan aku.
(Walaupun aku sebenar-benarnya langsung tak nak abang tahu pasal blog nih)
Any idea camne nak sekat dia daripada baca my blog ni? ngee~~~~

Saturday 12 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #5

Gaduh Again!


Malam ni, pertama kalinya aku dan abang gaduh.
No, ok la, bukan pertama kali la, da kali yang ketiga kot?

 :(

Tak suka gaduh ngan abang...
My heart ache setiap kali gaduh ngan abang.

And I guess salah aku kot?
Layan laki lain..

Friday 11 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #4

A Big Decision

 Semalam, dalam perjalanan pulang dari KB ke KL, aku banyak berfikir.
Berfikir mengenai aku dan Abang.
I can't keep going on like this with abang.
Holding unto a nowhere relationship.

Abang berkira-kira dalam masa 5 tahun lagi, baru lah nak jadikan hubungan nih hubungan yang sah.
5 tahun?

Thursday 10 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #3

The First Aidiladha with Abang


6 November 2011.
Raya Aidiladha yang pertama untuk aku dan abang.
Dan orang pertama yang wish 'Selamat Hari Raya Aidiladha' kat aku adalah abang.
Aku pun tak ingat, kalau tak silap dia wish dua hari sebelum raya kot?
Katanya nak jadi yang pertama wish kat aku.. How sweeeet  ^^,

Thursday 3 November 2011

From A Strangers to A Listener :)

Well, bukan main lagi aku hari ni ek? Sampai 3 post sehari :) And malam ni pun maybe sempat satu post lagik.
Yela, bila aku da balik kampung so, susah la aku nak online :) So kira qada' postings la ni :)

Aku jenis orang yang susah nak bagitahu close friends aku rahsia aku, but with strangers, semua aku blurted out. Yela, sape seronok dipandang serong oleh sahabat sendiri kan? Bukan tak percaya diorang, it just that, I'll be so down untuk tidak mengendahkan nasihat seorang sahabat- which I know is true :)

So, i choose a strangers to be a listeners.

Catatan Cinta Aku dan ZH 2#

Hameediyah Restaurants Penang!

Sape orang Pineng tak taw pasai restoren nih, potong kepala! huhu..

Seriously, I'm not a fan of Mamak's food, let alone their curry yang sangat pekat and berempah tu- lidah Melayu maaa :).
But then, the 1st place Abang bawak masa gi Penang is kat Hameediyah- and for me, what the??
The restaurant located on Campbell Streets Penang, and another branch is just two doors away with air conditioning. (Tapi masa tuh aku tak tahu)

My Born Day :)

Aaaa..Aku terlepas post benda nih on 4hb. My born day is actually on the 3rd of Nov 1991. Aand officially, aku da cukup 20 sekarang. Ngee~~ Bak kata abang, welcome to the twenties... Omooo~~` Noooo~~ ngeh3x..

Sadly, I didnt even get to celebrate my birthday pun this year. Ongkos xde maa~~~
But, he promised me nak celebrate my birthday kat Renaissance.. yippie! Hope ada nice suprises la nanti :) Ngeh3x Mengharap lebih2 lak :) Da kira untung ada orang nak sambut tahu?? huhu

Tuesday 1 November 2011

Catatan Cinta Aku dan ZH #1

We've been texting like a lot since our last date.
He's in Kuantan- outstation selama 3 hari.
Then semalam, dia gtaw dia nak marah his driver sebab lambat pick up dia untuk dinner( Diaorang duduk hotel lain-lain, memang la masalah kan?)
Here goes messages yang buat aku tersenyum lebar sepanjang hari.


Monday 31 October 2011

Falling Again

Aku jatuh cinta lagi, officially yes I'm in love.
Biarlah aku sekadar namakan dia ZH, untuk kebaikan aku dan dia..
Dia punya status, sadly said, kepunyaan orang :( Uwaaa!
And those out there, I know akan sangat-sangat menentang perhubungan kitorang.
Ditambah lagi dengan jarak umur kitorang.
He's 36 and me, 20 years old.
16 tahun beza.
But we're deeply in love with each other- sangat2.

Thursday 6 October 2011

Starting Points

Helloo sunshine!
Sharing titbits of my life to the world without jeopardizing anyone's heart or feeling, (inclusive me!) has  been one of my dream ever.
It's sick actually by not being able to express yourself clearly- in other means, hypocritically.
It's 6th of October in 2011, lets hope for  a great kick off points where we can share the tears, the joys and the heart wrenching journey of a plain me.
Typical girl in her early 20's, I do hope this little online diary posses a stronger me, strong enough to share all her rainbows out to this virtual world.
Till then, expect more from me.

Love,
Eleyna

Countdowns

Daisypath Anniversary tickers