Tuesday 6 December 2011

A Date in TM :)

Hari ni Abang datang dari S.A semata-mata untuk aku. Yay!
At least, dah tertunai satu janji dia :) Ada dua lagi janji dia yang belum tertunai, a big teddy bear and my postponed birthday present. Haishh, dah lebih sebulan nih postponed. Apa yang susah sangat pun tak tahu. Aku tak minta benda mahal pun. Nak gi holiday ke Osaka bulan 2 ni mampu lak. Pfft. Benda tu menyakitkan hati aku, lain hari cerita! This time, nak cerita benda yang best-best jer :))

Dalam banyak-banyak kali aku kaple, ni lah aku jumpa orang pertama yang dalam otw dia datang nak amik aku, dia tido dulu kejap tepi jalan. Punyala dalam pukul 4 tu konon da otw,aku bajet sampai la dalam pukul 5 paling lewat. Last-last sampai pukul 5.30ptg. Mana taknya, singgah tidur dulu kat tol.=.=" Penat sangat la tu kot? Habis kerja terus datang jumpa aku :)) Ni yang terharu nih hehe.

Sampai-sampai jer, pas dah salam pe semua, benda pertama yang dia tanya, TM ni ada cendol pulut tapai? Makanan fevret dia. Katanya dah lama teringin nak makan. Terdiam aku jap. Mana la aku tahu.. TM ni bukan ada pe pun. huhuhu.. Tapi, aku tetiba teringat, aku pernah nampak ada satu banner tulis cendol pulut sebelum nak masuk tol ke KL dari TM. So, terus jer kitorang redah pergi sana, aku pun tak sure sangat.

Nasib baik ada. Nama kedai tu, Pak Man apa entah. Aku ingat tang Pak Man tu je, hehehe. Kedai dia warung tepi jalan jer, macam nak runtuh pun ada da haha. But then, xda cendol pulut tapai, ada cendol pulut je. So, nak tak nak, mengidam punya pasal, abang ambik cendol pulut tapai spesial untuk dia, and aku pulak amik mee rebus sebab aku tak makan lagi hari ni. Serius, tu antara mee rebus yang tersedap pernah aku makan, walaupun seumur hidup ni boleh kira berapa kali je aku penah makan mee rebus hahaha :) Yang si penggemar cendol pulut tu plak, dok komen-komen ais tu cair sangat laa hape la. Yela, da namanya biasa makan yang sedap, so pandai la nak komen tuh komen nih kan?? Tapi habis gak semangkuk. Aku yang cakap mee rebus tu sedap pun makan separuh jer, pasal banyak ngat. And then, memang aku spesies yang suka membazir, bak kata abang. Masalah, aku jenis takleh nak paksa makan sampai habis. Ngee~~~

Dah habis makan, kitorang langsung ke pekan. Dia nak bank-in duit. Katanya duit tu dia baru keluarkan dari ASB, nak bayar road tax kereta hujung bulan ni. Tu lantak dia la nak wat pe pun, duit dia. Aku takde hak nak amik tahu pe yang dia nak buat ngan duit dia-and memang tak nak amik tahu pun,aku dok ngan dia bukan pasal duit dia. Humphh, last-last tak jadi plak pasal ramai orang. So, next destination,Tasik Proton City.

It was a nice evening, seriously. Tak panas and memang sesuai la dok situ dating petang-petang kan?? :)) Jalan-jalan sambil borak-borak, bercerita pasal masa hadapan kitorang. Ada la saat touching mouching nya.Tapi tak nak la cite, ni supposedly entry yang menggembirakan :))

Lepas kuar dari Proton City, next destination Secret Recipe( makan lagi ~~~> <). Aku mengidam nak makan cheese cake- New York Cheese cake. Last2 benda yang aku beli- Stawberry Marshmallow Cheesecake and Cheesy Chocolate Cake kot atu lagi?? Aku pun lupa. Tapaw je hehe... Da tu balik makan ngan housemate aku, nyesal lak beli yang strawberry tuh. Pasal rasa strawbery dia kuat ngat,ak xska huhhu...

Ok..setakat tu jela dulu. Tapi lepas Secret Recipe, last destination, kedai mamak jerr.. Makan lagi :)) Kalau setiap hari kuar ngan abang, mahu naik 20kg aku, dah asyik makan je kejenye ;)

Love,
Dya Eleyna




No comments:

Post a Comment

Fikir dulu sebelum komen :)

Countdowns

Daisypath Anniversary tickers