Monday 19 December 2011

Perempuan Simpanan

Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan
Perempuan simpanan...

Dari tadi perkataan ni dok humming dalam kepala otak aku..... tanpa boleh aku padam.

Aku ni memang perempuan simpanan abang,kan?

********************

Aku tak tahu nak tulis apa. Otak aku blank, kosong. Yang ada cuma perkataan tu je. Abang pulak diam daripada tadi, xmesej aku tak kol ak :((

Hati aku terasa hancur berkeping-keping. Jalang ke aku ni? Perampas suami orang?
Tapi aku takleh nak berhenti daripada fikir pasal abang.
Aku sangat-sangat cintakan abang.

:((


Thursday 15 December 2011

A Sense of Reality

Sigh.....

Aku rasa I've come to my senses right now. At least, from a side of me. Kalau dari side pandangan masyarkat, well, I might say, I'm still not on the track ;)

Yelah, i know, the best thing that I've could ever done is to leave Abang, and biarkan dia and his family hidup happily ever after, tanpa ada gangguan dari orang ketiga macam aku nih. But then, I can't. Aku memang tak boleh nak berpatah balik dah, I'm deeply in love with him, sampai aku rasa that I'd pick dying rather than leaving him.

2 3 hari nih, aku cuba yakinkan diri aku untuk tinggalkan abang. Fikir rasional pe yang aku tengah buat nih, n do everything that I could untuk buat aku berhenti dan tinggalkan abang. Punyalah berpuluh-puluh kata semangat n artikel aku baca untuk yakinkan diri aku yang I've made the right choice. Yet, I can't. I just can't. Tinggalkan abang buat aku rasa macam separuh nyawa hilang. Separuh jasad aku takda. Betul, secara fizikalnya aku rasa macam tuh. Mungkin bagi korang ni cuma hiperbola, tapi itu apa yang aku rasa. Cinta memang boleh buat kita jadi gila kan?

Semalam Abang datang jumpa aku secara mengejut. Xdela mengejut sangat, but then kitorang tak rancang benda tu awal-awal. At least, selalunya lah, abang akan bagitahu malam sebelum dia datang tuh. Ni tak, elok2 tengah mesej, tetiba dia bagitahu aku dia ada kat tol tanjung malim jap, nak solat. Mahunya tak terkejut beruk aku time tuh, tol tanjung malim ngan rumah aku bukan jauh ngat pun. Dalam 10 minit jer.

Punyala kalut aku bersiap, dah la aku ada kelas sepatutnya kul 4.30ptg tuh. Konon laa kitorang nak jumpa jap je, then aku gi kelas jap, pastu kitorang jumpa la balik. But then, hmphh, kalau dah jumpa tuh, ada makna ke nak pergi kelas? *wink2.. haha.. So, back to the stories. Dah elok2 aku siap tuh, aku tanya dia ada kat mana. Dia reply pendek je "GOmbak". AKu dah tension time tu. Aku tanya balik, watpe? "Meeting~~" tu je dia reply.. Warghhhh, nak menangis tak berlagu aku time tu. Punyalaa kalut aku bersiap :((

Sekali aku tengah meratap tangis dengan dia tak angkat kol aku pe semua, masuk satu mesej dia bunyik camni.."Abang da de kat bawah ni. Cepat turun~~".. Warghhhh, time tuh nak bagitahu perasaan aku, cam nak terjun koridor pun ada tahu tak?? haha... Masuk-masuk kereta, aku tanya dia, nape wat gitu? Katanya, saje nak mengusik budak-budak cepat emosi cam aku nih. :)) hehe. Tapi, satu persoalan dia buat aku terkesan " Agak-agak ayang, abang sanggup ke nak buat ayang macam tu?" And jawapan aku, walaupun aku cuma cakap dalam hati je, aku tahu dia takkan buat camtu kat aku. Dia sayangkan aku :))

Masa ada la sikit sesi luahan perasaan antara kitorang, ada satu ayat yang buat aku terdiam lama.

"Ingat Abang tak rasa bersalah ke tengok muka anak bini abang dengan kita buat macam ni?"

Aku terkedu dengan kenyataan Abang tuh. Aku terdiam jap. Memang benda tuh selalu berlegar-legar kat kepala aku sebelum nih. Tak ke dia rasa bersalah dengan family dia buat macam nih. Yelah, dia layan family dia macam xde pe jadi jer,(aku tahu pasal dia galak dok post segala aktiviti dia kat wall FB, terutama yang masa ngan family.)

Aku rasa aku silap besar kalau fikir dia langsung takde rasa bersalah kat family dia. Abang bukan sekejam tu. And dia sebenarnya seorang suami yang baik, sangat-sangat. Bulan 2 nih dia akan g honeymoon kali ke berapa entah ngan wife dia kat overseas. Hmphhh, memang la jeles fikir balik. But then, aku tak kisah sangat. Aku tak pernah terfikir pun nak gi holiday ngan abang sampai ke luar negara, dalam negara cukup. Even abang cakap nak bawak aku pergi Indon, aku tak rasa aku nak. Jauh sangat laa. Kalau dah kawen tu lain kira la, tapi sementara ni, dalam negara dah cukup k? Aku bukanla demand ngat.

And dia truly a good father. Kalau keluar ngan aku, sekali pun tak pernah miss cakap pasal anak dia. It's always been about his 3 years old daughter. He kept showing the same vid of his daughter, and tak pernah penat untuk bercerita tentang anaknya yang sorang tuh :) Well, aku pun tak kisah. His daughter cute ngat, and aku tak kisah pun nak terima anak dia sebagai anak tiri aku. Well, aku tak tahu la samada his daughter tu sanggup tak nak terima aku sebagai mak tiri dia. *sigh* Long wayy to go Dya.

But then, xpela. Aku tak nak pikir lagi semua tuh. Sekarang nih, aku cuma follow the flow jer. Soal aku jadi tak wife abang, tu lain cerita. Buat masa nih, biarlah aku turutkan kata hati aku je dulu. Walaupun aku tahu, aku mungkin mati pasal ni. Yela, ikot hati mati kan?*senyum*

K lah, aku pun nak tidur. Esok aku ada program kat negeri sembilan. And abang pun nak kena outstation Penang selama seminggu. And guess pasni, lama lah lagi sebelum last jumpa abang. But the, kehadiran dia semalam da cukup buat aku untuk tunggu dia selama 2 3 minggu nih :))

Love.
Dya Eleyna




Saturday 10 December 2011

Running Away

Aku nak sangat run away daripada abang!
Aku tak nak rosakkan rumah tangga dia!
Sumpah aku tak nak!
Tapi kenapa aku takleh lari daripada dia??
Setiap saat dia ada dalam hati aku, dan aku takleh padam dia dari kepala aku!
Damn!
Aku benci diri aku sebab aku terlalu menyintai dia.
God, help me :'(

Tuesday 6 December 2011

A Date in TM :)

Hari ni Abang datang dari S.A semata-mata untuk aku. Yay!
At least, dah tertunai satu janji dia :) Ada dua lagi janji dia yang belum tertunai, a big teddy bear and my postponed birthday present. Haishh, dah lebih sebulan nih postponed. Apa yang susah sangat pun tak tahu. Aku tak minta benda mahal pun. Nak gi holiday ke Osaka bulan 2 ni mampu lak. Pfft. Benda tu menyakitkan hati aku, lain hari cerita! This time, nak cerita benda yang best-best jer :))

Dalam banyak-banyak kali aku kaple, ni lah aku jumpa orang pertama yang dalam otw dia datang nak amik aku, dia tido dulu kejap tepi jalan. Punyala dalam pukul 4 tu konon da otw,aku bajet sampai la dalam pukul 5 paling lewat. Last-last sampai pukul 5.30ptg. Mana taknya, singgah tidur dulu kat tol.=.=" Penat sangat la tu kot? Habis kerja terus datang jumpa aku :)) Ni yang terharu nih hehe.

Sampai-sampai jer, pas dah salam pe semua, benda pertama yang dia tanya, TM ni ada cendol pulut tapai? Makanan fevret dia. Katanya dah lama teringin nak makan. Terdiam aku jap. Mana la aku tahu.. TM ni bukan ada pe pun. huhuhu.. Tapi, aku tetiba teringat, aku pernah nampak ada satu banner tulis cendol pulut sebelum nak masuk tol ke KL dari TM. So, terus jer kitorang redah pergi sana, aku pun tak sure sangat.

Nasib baik ada. Nama kedai tu, Pak Man apa entah. Aku ingat tang Pak Man tu je, hehehe. Kedai dia warung tepi jalan jer, macam nak runtuh pun ada da haha. But then, xda cendol pulut tapai, ada cendol pulut je. So, nak tak nak, mengidam punya pasal, abang ambik cendol pulut tapai spesial untuk dia, and aku pulak amik mee rebus sebab aku tak makan lagi hari ni. Serius, tu antara mee rebus yang tersedap pernah aku makan, walaupun seumur hidup ni boleh kira berapa kali je aku penah makan mee rebus hahaha :) Yang si penggemar cendol pulut tu plak, dok komen-komen ais tu cair sangat laa hape la. Yela, da namanya biasa makan yang sedap, so pandai la nak komen tuh komen nih kan?? Tapi habis gak semangkuk. Aku yang cakap mee rebus tu sedap pun makan separuh jer, pasal banyak ngat. And then, memang aku spesies yang suka membazir, bak kata abang. Masalah, aku jenis takleh nak paksa makan sampai habis. Ngee~~~

Dah habis makan, kitorang langsung ke pekan. Dia nak bank-in duit. Katanya duit tu dia baru keluarkan dari ASB, nak bayar road tax kereta hujung bulan ni. Tu lantak dia la nak wat pe pun, duit dia. Aku takde hak nak amik tahu pe yang dia nak buat ngan duit dia-and memang tak nak amik tahu pun,aku dok ngan dia bukan pasal duit dia. Humphh, last-last tak jadi plak pasal ramai orang. So, next destination,Tasik Proton City.

It was a nice evening, seriously. Tak panas and memang sesuai la dok situ dating petang-petang kan?? :)) Jalan-jalan sambil borak-borak, bercerita pasal masa hadapan kitorang. Ada la saat touching mouching nya.Tapi tak nak la cite, ni supposedly entry yang menggembirakan :))

Lepas kuar dari Proton City, next destination Secret Recipe( makan lagi ~~~> <). Aku mengidam nak makan cheese cake- New York Cheese cake. Last2 benda yang aku beli- Stawberry Marshmallow Cheesecake and Cheesy Chocolate Cake kot atu lagi?? Aku pun lupa. Tapaw je hehe... Da tu balik makan ngan housemate aku, nyesal lak beli yang strawberry tuh. Pasal rasa strawbery dia kuat ngat,ak xska huhhu...

Ok..setakat tu jela dulu. Tapi lepas Secret Recipe, last destination, kedai mamak jerr.. Makan lagi :)) Kalau setiap hari kuar ngan abang, mahu naik 20kg aku, dah asyik makan je kejenye ;)

Love,
Dya Eleyna




Countdowns

Daisypath Anniversary tickers